POLITIK

Dr. Mahathir ‘sudah berubah’ – Mohd Amar

KOTA BHARU – Parti Pas terbuka untuk menjalin kerjasama dengan bekas perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau ‘sudah berubah’.

Laporan portal NST yang memetik Timbalan Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai berkata, Dr. Mahathir kini lebih terbuka untuk menerima dan bekerjasama dengan parti mereka.

“… kerana beliau (Dr Mahathir) sudah berubah, kami menerimanya.

“Apa yang berlaku, sudah lama terjadi. Beliau memang sebegitu (kuat mengkritik Pas) sebelum ini tetapi beliau sudah berubah. Semua orang mempunyai kisah lampau tersendiri,” kata Mohd Amar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Munajat Rakyat Kelantan Pakat Pertahan dan Amanat Pimpinan anjran Perikatan Nasional (PN) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Pada program tersebut, Dr. Mahathir dilaporkan menyeru semua pengundi Melayu di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan supaya turun membuang undi dan memastikan kemenangan berpihak kepada PN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button