POLITIK

Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan politik dengan BERSATU

CYBERJAYA – Pemuda PAS Bangi hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, sayap itu turut menggesa kepimpinan PAS dan Pemuda PAS Pusat membuat keputusan yang sama.

“Pemuda PAS Bangi juga sebulat suara mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali terhadap Presiden PAS dalam pelancaran jentera Bersatu di Melaka,” katanya.

Walaupun Pemuda PAS Bangi tidak memperincikan kenyataan Azmin yang dimaksudkan, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan beliau yang menolak dakwaan bahawa BERSATU tidak mempunyai jentera akar umbi yang mencukupi, sambil menggesa pengkritik supaya jangan ‘pekak dan buka mata’.

Pada 22 Mei lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, BERSATU menuntut banyak kerusi dalam PRN dan PRK sebelum ini walaupun mempunyai jentera yang tidak mencukupi di peringkat akar umbi.

Menurut Hadi, PAS sering terpaksa menggerakkan jentera parti sendiri bagi menyokong usaha gabungan dalam pelbagai pilihan raya.

Keputusan Pemuda PAS Bangi itu dibuat ketika hubungan antara PAS dan BERSATU semakin tegang susulan krisis politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan Menteri Besar ‘berpindah’ daripada PAS kepada BERSATU.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button