BERITA SEMASA

Maszlee Malik rampas kerusi Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik secara rasmi menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa apabila berjaya meraih undi 41,694 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Maszlee mengetepikan pencabar dari Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling yang memperoleh undi 35,956; calon MUDA, Rashifah Al Junied (5,821); calon BERSAMA, Nicholas Paul Vincent (2,389) dan calon bebas, Wang Wee Szoang (238).

Maszlee yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Simpang Renggam itu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 5,738.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button