PM terima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Luxembourg di Seri Perdana
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel, di Seri Perdana, Putrajaya.
Menurut Anwar dalam satu kenyataan di Facebook, pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Luxembourg, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan serta logistik.
“Malaysia dan Luxembourg bertekad untuk memperluaskan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang strategik, selain meningkatkan hubungan melalui rangka Kesatuan Eropah demi manfaat bersama,” katanya.
Beliau turut memaklumkan, pertemuan itu menjadi ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN serta situasi di Asia Barat, dengan penekanan terhadap isu Palestin.
Lawatan Bettel kali ini merupakan yang pertama ke Malaysia sejak beliau dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2023.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








