Jenayah & Mahkamah

Vivy, suami selesai beri keterangan kali kedua kepada SPRM

PUTRAJAYA – Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar selesai memberikan keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Pasangan suami isteri itu yang tiba kira-kira pukul 1 tengah hari dilihat keluar dari bangunan tersebut kira-kira pukul 4.45 petang.

Usaha pihak media untuk menemuramah mereka bagaimanapun tidak berhasil selepas kenderaan yang dinaiki terus meninggalkan perkarangan bangunan tersebut.

Vivy dan suami pada mulanya dijadualkan tiba memberi keterangan pada jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM di sini.

Bagaimanapun pasangan itu yang hadir bagi disambung siasatan buat kali kedua, hanya tiba selepas 3 jam pihak media menunggu.

Media difahamkan, kelewatan tersebut disebabkan kedua-duanya perlu ke bank bagi mendapatkan penyata kewangan.

Semalam, pasangan itu dirakam percakapan di SPRM Putrajaya sekitar jam 2.30 petang dan selesai jam 10.30 malam.

Mereka dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM hari ini susulan kerugian puluhan juta ringgit syarikat negara Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Show More

Related Articles

Back to top button