AgamaBerita Semasa

Fadhlina sempurnakan penyerahan jengkaut mini kepada kariah masjid di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek menyempurnakan majlis penyerahan jengkaut mini kepada kariah masjid Jamek al-Huda, Sungai Bakau, di sini, semalam.

Menurut Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan, jengkaut mini itu akan digunakan sepenuhnya bagi urusan menggali tanah kubur bagi memudahkan urusan semua pihak.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah Taala kerana saya dapat menyempurnakan majlis penyerahan jengkaut mini kepada kariah Masjid Jamek al-Huda, Sungai Bakau, NibongTebal.

“Jengkaut mini ini akan digunakan sepenuhnya bagi urusan menggali tanah kubur bagi memudahkan urusan semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Foto Facebook Fadhlina Sidek.

Dalam majlis yang sama, Fadhlina turut sempat merasmikan Dataran al-Huda dan menyerahkan sumbangan kepada anak-anak kariah yang berjaya menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT).

“InsyaAllah segala keperluan, keutamaan dan permohonan daripada pihak masjid atau di seluruh Parlimen Nibong Tebal akan sentiasa diberikan perhatian oleh pusat khidmat bagi memastikan keselesaan beribadat untuk umat Islam,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button