Berita SemasaPM X

Beri ruang kerajaan perbetulkan ekonomi negara – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri meminta penjawat awam supaya bersabar seketika dan memberi ruang kepada kerajaan untuk memperbetulkan ekonomi negara sebelum isu kos sara hidup mereka dapat ditangani.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak boleh bersetuju dengan desakan CUEPACS buat masa ini kerana ia akan meningkatkan defisit negara.

“CUEPACS minta kaji semula gaji (penjawat awam) supaya ditambah. Saya setuju pada prinsipnya tetapi saya terangkan mengenai pendekatan yang dilakukan sebelumnya.

“Apa masalah kita? Kita hutang RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus. Kalau kita menambah gaji, defisit akan menjadi 6.5 peratus… tiada orang hendak datang melabur di negara ini kerana tidak yakin ada kekuatan tekad politik untuk mengurus negara dengan baik.

“Jadi, sabarlah sekejap,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sejurus menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah yang Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani, di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, CUEPACS kecewa kerana Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar pada Jumaat lalu, tidak menyentuh isu tekanan kos sara hidup yang dihadapi penjawat awam.

Show More

Related Articles

Back to top button