BERITA SEMASAPMX

Kerajaan bakal perkenal program pertanian bersasar di bandar, pinggir bandar

KUALA SELANGOR – Kerajaan akan memperkenalkan satu program pertanian bersasar khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar bagi meningkatkan hasil pertanian, sekali gus mengatasi masalah miskin bandar di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengenalan program tersebut adalah susulan kejayaan Singapura dalam menerokai tanah di bandar bagi kegiatan pertanian yang sepatutnya dicontohi Malaysia.

“Saya hari ini mahu mencadangkan pelaksanaan baik melalui Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),
Jabatan Pertanian dan semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan kementerian lain yang beri pinjaman tumpu pengeluaran pertanian di bandar dengan fokus kelompok miskin bandar.

“Tapi secara serius harus ada anjakan ini, tidak aneh saya tengok ia jauh lebih berjaya di Singapura projek pertanian bersasar di kawasan kota dan pinggir kota,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu Anwar berharap, dalam tempoh satu bulan selepas pengumuman tersebut akan ada program yang akan diperkenalkan oleh kementerian-kementerian berkaitan.

“Saya tahu ada beberapa tindakan dijalankan di Kuala Lumpur tapi saya nak ada penekanan.

“Ambil perhatian supaya ada peruntukan khas dalam bidang ini untuk meningkatkan kegiatan pertanian dan produktiviti pertanian terutama dalam kalangan miskin bandar,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button