BERITA SEMASA

Google sasar latih 800,000 rakyat Malaysia kemahiran AI dalam tempoh lima tahun

KUALA LUMPUR – Google menyasarkan untuk melatih seramai 800,000 rakyat Malaysia kemahiran kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh lima tahun menerusi kerjasama strategik dengan kerajaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sasaran itu antara inisiatif yang diumumkan pada Majlis Mantap Malaysia Bersama AI anjuran Google dengan kerjasama Kementerian Digital yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya, semalam.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan turut merangkumi sektor pendidikan tinggi menerusi penubuhan Institut Pusat Data di politeknik bagi memperkukuh latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Inisiatif itu bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang mampu memenuhi keperluan industri digital yang semakin berkembang,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum majlis berkenaan, Zambry turut mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat, bagi meneroka peluang kerjasama lebih luas dalam bidang AI, pembangunan bakat dan kepakaran teknologi di institusi pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata, pelbagai perancangan dan kerjasama strategik akan terus digerakkan bagi memastikan institusi pendidikan tinggi bukan sahaja mengikuti perkembangan teknologi, malah menjadi peneraju dalam melahirkan bakat, membangunkan kepakaran serta mencipta inovasi untuk masa depan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button