JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak lelaki maut, terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing

KULAI – Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam takungan ketika memancing di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai, di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.17 pagi.

Beliau berkata, seramai enam anggota bersama sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam kolam takungan.

“PKO bertindak menjalankan operasi menyelamat menggunakan tali dan pengusung bagi membawa mangsa keluar dari kolam berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button