BERITA SEMASA

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumi

BATU PAHAT – Jenazah pelajar Tingkatan Empat, Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, di sini selepas solat Maghrib, malam ini.

Bapa Allahyarhamah mengiringi perjalanan terakhir anaknya selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) kira-kira pukul 5 petang.

pelajar
Ucapan takziah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke rumah keluarga di Kampung Parit Selamat untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah keluarga apabila ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada pelajar berkenaan.

BACA JUGA:
Kes bunuh Irene Sofiya: Polis rampas telefon, pakaian dan selipar suspek
Irene Sofiya pasang impian jadi doktor seperti arwah ibu
Tiga pelajar lelaki ditahan susulan pembunuhan Irene Sofiya
Nenek sempat peluk, ajar cucu mengucap sebelum terkulai
Mangsa bunuh di Yong Peng calon pelajar cemerlang SPM
Pelajar Tingkatan Empat ditemukan maut di sekolah, dipercayai dibunuh

Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah dewan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, petang semalam.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan badan kemudian disahkan meninggal dunia.

Kejadian itu membawa kepada penahanan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar berkenaan.

Suspek telah direman bagi membantu siasatan polis dan kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan membunuh.

Allahyarhamah yang merupakan pelajar Tingkatan Empat itu sebelum ini disifatkan rakan-rakannya sebagai seorang pelajar yang baik, rajin serta mempunyai potensi dalam bidang akademik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button