BERITA SEMASA

Stok makanan negara terkawal – Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA – Bekalan makanan asas negara kekal terkawal setakat 13 September lalu meskipun beberapa komoditi merekodkan pergerakan harga.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tiada peningkatan ketara direkodkan merentasi keseluruhan bahan makanan yang dipantau kerajaan.

Menurutnya, purata harga ayam meningkat 1.3 peratus daripada RM10.07 sekilogram pada Julai kepada RM10.20 pada Ogos sebelum kembali stabil sekitar RM10.08 pada awal September.

“Harga daging lembu tempatan pula berada pada RM36.76 sekilogram pada awal September.

“Tekanan yang lebih jelas dilihat pada telur ayam gred C yang meningkat daripada RM4.07 kepada RM4.50 bagi 10 biji pada Ogos dan seterusnya RM4.81 pada awal September,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global, di sini hari ini.

Beliau berkata, pergerakan harga hasil laut dan barangan segar pula kekal bercampur dengan peningkatan dan penurunan secara marginal.

“Kerajaan akan meneruskan pemantauan serta langkah mitigasi seperti Jualan Rahmah MADANI bagi memastikan sebarang tekanan harga dapat dikenal pasti lebih awal dan tindakan bersasar boleh diambil apabila diperlukan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button