BERITA SEMASA

Karnival Internet Selamat di Papar dapat sambutan meriah

PAPAR – Lebih 1,500 penduduk setempat menyertai Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat peringkat daerah Papar yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan dalam talian.

Karnival berkenaan disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh kesedaran keselamatan digital dalam kalangan masyarakat di Sabah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, sehingga Julai lalu, Kempen Internet Selamat di Sabah telah diperluas ke lebih 1,300 institusi pendidikan dan memberi manfaat kepada lebih 148,300 individu.

Menurutnya, pencapaian itu
mencerminkan komitmen berterusan MCMC memastikan mesej keselamatan dalam talian dapat disampaikan kepada masyarakat di kawasan bandar, luar bandar serta komuniti akar umbi menerusi pendekatan “Masuk Kampung”.

“Keselamatan dalam talian turut memerlukan penglibatan seluruh komuniti, termasuk ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat dan golongan muda bagi membentuk persekitaran digital yang lebih positif serta mengurangkan risiko penipuan dalam talian, penyalahgunaan maklumat peribadi dan ancaman siber lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kis
Penduduk setempat memeriahkan sambutan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat peringkat daerah Papar di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, bersempena Bulan Kebangsaan, masyarakat turut digalakkan menerapkan semangat patriotisme melalui penggunaan teknologi secara bertanggungjawab, termasuk menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi, mengamalkan etika komunikasi yang baik serta membendung penyebaran kandungan palsu.

Sementara itu, karnival itu turut dimeriahkan dengan Konvoi Kembara Jalur Gemilang bagi menyemarakkan inisiatif “1 Rumah 1 Jalur Gemilang”, selain sesi perkongsian berkaitan keselamatan Internet, pameran agensi kerajaan, aktiviti komuniti dan Jualan RAHMAH MADANI.

Kis
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali merasmikan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat peringkat daerah Papar di sini hari ini

MCMC berkata, pihaknya akan terus memperluas usaha pendidikan dan kesedaran keselamatan dalam talian bagi memastikan lebih ramai rakyat mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk melindungi diri dalam persekitaran digital yang semakin kompleks.

Katanya, usaha berkenaan penting bagi melahirkan masyarakat yang celik digital, berdaya tahan serta mampu memanfaatkan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.

Turut hadir ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim; ADUN Kawang, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar dan ADUN Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button