Dakwaan terhadap Muhyiddin berkait subsidi RON95 masih disiasat – MCMC
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu pemberian subsidi RON95 kepada warga asing.
Menurut MCMC, semakan awal terhadap kandungan yang tular di platform media sosial telah dilaksanakan, melibatkan kerjasama daripada penyedia platform berkenaan.
“Bagaimanapun, MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan,” jelas MCMC dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian serta arahan selanjutnya.
“MCMC akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan
dijalankan dengan penuh integriti dan selaras dengan peruntukan undang-
undang sedia ada,” katanya.
Sebelum ini, Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menyokong pemberian subsidi kepada warga asing, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai fitnah dan pembohongan yang dilemparkan terhadapnya.
Anwar dalam sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat sebelum ini meminta pembangkang membaca kenyataan Muhyiddin yang didakwanya mempersoalkan tindakan kerajaan bebankan orang asing dalam penyasaran subisidi RON95.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








