Belanjawan 2024: MCMC sambut baik pemerkasaan pusat ekonomi digital, NSRC
CYBERJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yakin peruntukan yang akan diberikan kerajaan melalui Belanjawan 2024 dapat memacu negara menjadi negara berinovasi, berteknologi tinggi dan kukuh dalam ekonomi digital.
Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, MCMC menyambut baik mandat serta kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan dalam dunia digital.
Beliau berkata, melalui peruntukan sebanyak RM25 untuk memperkasakan Pusar Ekonomi Digital (PEDi) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan membantu meningkatkan pendapatan dan mencipta lebih peluang pekerjaan.
“Ketika ini, terdapat 911 kemudahan PEDi yang beroperasi sebagai satu platform sehenti untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“”Peruntukan kepada PEDi ini bukan sahaja akan dapat membantu memperkasa golongan usahawan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi mereka bahkan juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Salim berkata, MCMC juga menyambut baik dan menyokong peruntukan RM20 juta untuk memperkasa fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam membanteras jenayah penipuan dalam talian atau scam.
Tambah beliau, MCMC juga berterima kasih atas peruntukan RM100 juta untuk memupuk penggunaan pendigitalan dalam kalangan 20,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
“MCMC akan terus komited untuk memastikan agenda pertumbuhan ekonomi digital negara dapat memperkasa rakyat ke arah literasi digital yang tinggi menjadi antara fokus utama selaku pengawal selia komunikasi dan multimedia negara,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








