BERITA SEMASA

Muat naik kandungan 3R terhadap Tuanku Muhriz: MCMC rakam percakapan seorang suspek lelaki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu hari ini bagi membantu siasatan kes memuat naik kandungan berunsur 3R (agama, raja dan kaum) terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut MCMC, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan kes berkenaan. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“MCMC memandang serius penyebaran kandungan berunsur 3R khususnya yang bersifat provokatif, menghina, menghasut kebencian atau yang boleh mencetuskan ketegangan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, MCMC menyeru semua pihak agar tidak menyentuh isu 3R lebih-lebih lagi dalam tempoh berkempen pilihan raya.

Related Articles

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menggunakan platform media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab.

“Elakkan penyebaran kandungan jelik melampau, hasutan atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button