BERITA SEMASA

Sebar berita palsu diesel kepada Filipina: Lagi individu disiasat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah merakam percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina. 

Menurut MCMC dalam satu kenyataan hari ini, individu berkenaan yang ditemani oleh peguamnya telah hadir ke ibu pejabat MCMC di Cyberjaya untuk memberi keterangan.

“Pada masa yang sama, MCMC turut menyita sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM yang disyaki digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut bagi membantu proses siasatan.

“Tindakan ini dibuat berpandukan kepada Seksyen 248, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Menurut MCMC, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya, MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan saluran digital untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai.

Sehubungan dengan itu katanya, tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button