Perkhidmatan AIFA chatbot MCMC di WhatsApp alami gangguan sementara
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan Artificial Intelligence Factchecking Assistant (AIFA) iaitu chatbot berasaskan kecerdasan buatan
akan mengalami gangguan perkhidmatan sementara di platform WhatsApp pagi ini dari pukul 8 hingga 10 pagi.
Menurut MCMC, perkhidmatan itu ialah bagi membantu orang awam mendapatkan maklumat sahih dan semakan fakta.
“Gangguan ini adalah disebabkan oleh kerja penyelenggaraan sistem yang dijadualkan.
“Walau bagaimanapun, orang awam masih boleh mengakses perkhidmatan AIFA melalui portal Sebenarnya.my sepanjang tempoh gangguan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MCMC, perkhidmatan di platform WhatsApp dijangka beroperasi seperti biasa selepas kerja penyelenggaraan selesai.
“MCMC memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan menghargai kefahaman semua pihak,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







