LUAR NEGARA

Trump mahu calonkan Infantino sebagai Setiausaha Agung PBB

NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu mencalonkan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baharu.

Sumber yang rapat dengan Trump memberitahu The New York Post bahawa Presiden Amerika Syarikat itu percaya Infantino “dihormati di seluruh dunia dan mempunyai keupayaan istimewa untuk menyatukan manusia.”

Trump ketika ini tidak mempunyai hubungan yang kukuh dengan PBB dan percaya pelantikan Infantino turut mampu mengukuhkan hubungan AS dengan organisasi antarabangsa itu.

Penyandang jawatan ketika ini ialah bekas Perdana Menteri Portugal, António Guterres, yang mula memegang jawatan itu sejak Januari 2017.

Jawatan itu dihadkan kepada maksimum dua penggal, bermakna Guterres tidak boleh bertanding semula tahun depan.

Masih belum jelas sama ada Infantino berminat untuk memegang jawatan itu dan sejauh mana Trump telah membincangkan perkara berkenaan dengannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button