BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAHLUAR NEGARA

AS lancar serangan kedua ke atas bot didakwa kartel dadah Venezuela

WASHINGTON – Tiga orang terbunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat (AS) terhadap sebuah bot yang didakwa milik kartel dadah Venezuela di perairan antarabangsa, semalam.

Presiden Donald Trump mengesahkan operasi itu dijalankan atas arahannya sendiri dan mendakwa sasaran dikenal pasti sebagai pengedar dadah berbahaya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan sebarang bukti bahawa bot berkenaan membawa dadah ketika diserang.

“Kartel pengedaran dadah yang sangat ganas ini adalah pengganas narkotik dan menjadi ancaman kepada keselamatan negara serta kepentingan AS,” kata Trump menerusi hantaran di Truth Social, sambil menyiarkan video hampir 30 saat yang menunjukkan letupan bot terbabit.

Serangan ini merupakan yang kedua dalam tempoh sebulan selepas operasi awal Ogos lalu yang menyebabkan 11 maut.

Perkembangan itu berlaku serentak dengan peningkatan ketenteraan AS di rantau Caribbean.

Lima jet pejuang F-35 dilaporkan mendarat di Puerto Rico Sabtu lalu, menyertai 10 pesawat lain yang sudah dikerahkan sebelum ini.

Trump tanpa bukti menyiarkan rakaman serangan terhadap bot yang didakwa milik kartel dadah Venezuela.

Selain itu, sekurang-kurangnya tujuh kapal perang dan sebuah kapal selam berkuasa nuklear turut ditempatkan di kawasan sama, manakala pesawat pengintip P-8 digerakkan bagi mengumpul maklumat risikan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button