Aktivis konservatif Charlie Kirk maut ditembak di Utah
WASHINGTON – Aktivis konservatif Amerika Syarikat dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Charlie Kirk, maut selepas ditembak di bahagian leher ketika menghadiri sebuah program di Universiti Utah Valley.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) ketika Kirk, 31, sedang berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin pada siri jelajah American Comeback Tour yang baru sahaja bermula.
Rakaman telefon bimbit yang tular memaparkan detik beliau tersentap ketika terkena tembakan dengan darah terpancut dari bahagian lehernya sebelum jatuh dari kerusi.
Menurut pihak berkuasa, tembakan dipercayai dilepaskan dari atas bumbung pada jarak agak jauh.
Pesuruhjaya Keselamatan Awam Utah, Beau Mason memaklumkan, penembak masih bebas dan operasi besar-besaran sedang dijalankan bagi mengesan suspek.
Sementara itu, Gabenor Utah, Spencer Cox menyifatkan kejadian itu sebagai satu ‘pembunuhan politik’ yang menggemparkan negara.
“Ini hari yang gelap untuk negeri kita, malah tragedi besar untuk seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar khas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







