Trump ugut serang Oman jika campur tangan isu Selat Hormuz
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran akan mengebom Oman sekiranya negara itu dianggap menghalang usaha Washington mencapai perjanjian dengan Iran berhubung Selat Hormuz.
Trump berkata demikian ketika ditemui Fox News, sambil menegaskan Tehran perlu menyerah diri.
“Jika Oman menjadi penghalang, kami akan mengebomnya habis-habisan,” katanya ketika mengulas rundingan antara Oman dan Iran berkaitan pengaturan pelayaran di laluan strategik berkenaan.
Oman dan Iran dilaporkan sudah beberapa minggu mengadakan perbincangan mengenai mekanisme navigasi maritim masa depan di Selat Hormuz, dengan Kementerian Luar Iran memaklumkan kedua-dua negara kini berusaha memuktamadkan satu perisytiharan bersama.
Dalam pada itu, Trump berulang kali mendakwa Selat Hormuz kini berada di bawah kawalan AS selepas laluan berkenaan ditutup Tehran pada permulaan konflik Asia Barat pada 28 Februari lalu, meskipun pergerakan kapal masih terjejas.
Jumaat lalu, Trump turut menyatakan hasrat untuk mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah AS.
Iran bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menegaskan laluan utama perdagangan tenaga tersebut yang disekatnya akan kekal menjadi milik Iran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








