Trump beri tekanan akhir, Hamas tuntut syarat tegas
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menggertak Hamas dengan memberi kata dua sama ada menerima cadangan pembebasan tebusan atau berdepan akibat tanpa rundingan lagi.
“Israel sudah setuju dengan syarat yang saya kemukakan. Kini giliran Hamas pula. Ini amaran terakhir saya,” tulis beliau di platform media sosial, Truth Social, dalam nada yang dilihat cuba menutup pintu tawar-menawar.
Namun, reaksi Hamas jauh daripada tunduk. Dalam kenyataan balas, kumpulan itu menegaskan mereka sedang meneliti beberapa cadangan yang disampaikan Washington melalui perantara, sambil mengulangi pendirian bahawa gencatan senjata hanya boleh berlaku jika perang dihentikan sepenuhnya dan tentera Israel berundur dari Gaza.
Sumber media Israel, N12, mendedahkan butiran cadangan yang dikemukakan Trump yang menyatakan bahawa pembebasan segera 48 tebusan pada hari pertama gencatan senjata sebagai pertukaran dengan ribuan tahanan Palestin di penjara Israel.
Sepanjang tempoh itu, rundingan damai bagi menamatkan konflik turut dirangka.
Langkah berprofil tinggi itu menandakan tekanan maksimum Washington terhadap Hamas, manakala Gaza terus bergolak menanti sama ada ancaman Trump benar-benar akan menjadi penutup pintu rundingan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








