POLITIK

Lepaskan jawatan jika mahu bertanding, kata Aminuddin

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpandangan mana-mana individu yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan wajar melepaskan jawatan yang disandang sekiranya kedudukan itu boleh memberi kelebihan atau menimbulkan konflik kepentingan sepanjang tempoh kempen.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin kerajaan dan agensi supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk tujuan politik, Aminuddin berkata, soal melepaskan jawatan perlu dilihat sebagai langkah menghormati peraturan serta memastikan persaingan yang adil.

“Kalau bertanding, kena faham situasi itu. Bukan kita hendak bertanding untuk mendapatkan jawatan lain, tetapi pada masa sama tidak mahu melepaskan jawatan yang sedang disandang.

“Lepaskan sajalah. Saya harap mereka ikut peraturan,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Menurut beliau, setiap calon sepatutnya berkempen menggunakan kekuatan dan kemampuan sendiri tanpa bergantung kepada kedudukan yang dimiliki dalam kerajaan atau agensi berkaitan.

“Kita hendak bertanding tidak boleh gunakan apa yang kita ada. Saya pun jalan seorang-seorang,” katanya lagi.

Sebelum itu, Anwar menegaskan pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan atau agensi kerajaan perlu mengelakkan kempen melampau yang boleh menjejaskan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, selain tidak menggunakan kedudukan masing-masing untuk kepentingan politik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button