BERITA SEMASA

‘Ada persefahaman dengan kawan’: Pemimpin Pemuda MCA bantah, tuntut penjelasan Wee Ka Siong dakwaan kerjasama BN-PAS

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mempersoalkan mengenai wujudnya persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS yang didakwa telah mendapat persetujuan rasmi kepimpinan parti MCA.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebooknya beliau berkata, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu lalu, BN berulang kali menegaskan bahawa mereka tidak bekerjasama dengan PAS serta menggesa pengundi menyokong BN bagi mengekang “gelombang hijau”.

Namun, beliau mendakwa keadaan berubah apabila Pengerusi Perhubungan BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan wujud “persefahaman dengan kawan”, sebelum seorang pemimpin PAS mengesahkan kerjasama tersebut.

Beliau kemudian mempersoalkan sama ada kepimpinan MCA, termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan badan pembuat keputusan parti telah dimaklumkan atau memberikan persetujuan terhadap kerjasama tersebut, selain meminta penjelasan mengenai bentuk persefahaman yang dicapai.

“MCA selama ini mempertahankan prinsip sekular dan demokrasi, justeru sebarang kerjasama dengan PAS perlu dijelaskan kerana ia melibatkan soal dasar serta prinsip parti,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan sama ada pertimbangan politik seperti kemenangan pilihan raya dan pembentukan pakatan baharu telah mengatasi prinsip yang selama ini diperjuangkan.

Tegas, beliau tidak dapat menerima perkembangan tersebut kerana berpegang teguh kepada prinsip dalam politik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button