JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM reman penjawat awam minta, terima rasuah kira-kira RM30 juta

PUTRAJAYA – Seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan pengurangan bayaran cukai taksiran melibatkan beberapa buah syarikat.

Perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025 hingga 2026.

Difahamkan, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) ( A ) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button