Sultan Ibrahim terima menghadap Zahid, Onn Hafiz di Istana Pasir Pelangi
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.
Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim, sesi itu turut dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu diadakan sehari selepas BN mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.
BN berjaya meraih 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada pilihan raya tersebut sekali gus memperoleh mandat untuk membentuk kerajaan negeri.
Kemenangan itu juga menyaksikan BN berjaya mengekalkan penguasaan di Johor selepas memenangi 40 kerusi pada PRN Johor Ke-15 pada 2022.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















