Pameran Korporat KKDW dapat sambutan luar biasa
KUALA LUMPUR – Pameran Korporat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur melabuhkan tirainya hari ini dengan sambutan luar biasa oleh para pengunjung.
Menurut KKDW dalam satu kenyataan, pameran tersebut yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 mendapat sambutan pelbagai pihak yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat bermanfaat serta menyertai pelbagai aktiviti kreatif dan interaktif.
“Reruai KKDW turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bersama dengan pengurusan tertinggi KKDW yang menyantuni petugas sambil beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir memeriahkan reruai KKDW dan memberikan sokongan kepada perkhidmatan dan produk KKDW serta agensinya sepanjang penganjuran pameran ini,” katanya.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








