POLITIK

Undi awal PRN Johor bermula, libatkan 24,751 anggota keselamatan

BATU PAHAT – Sebanyak 64 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dibuka tepat pada pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 24,751 anggota pasukan keselamatan serta pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 12,041 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama-sama pasangan akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 11 pusat mengundi ditetapkan.

Baki 12,710 pemilih terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama dengan pasangan pula dijadualkan menunaikan hak mereka di 53 pusat mengundi.

Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan SPR bermula pukul 12 tengah hari ini hingga 6 petang.

Sementara itu, tinjauan Malaysia Tribune di pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan IPD Johor Bahru Selatan mendapati proses pengundian berlangsung lancar dengan kehadiran pengundi secara berperingkat.

PRN Johor ke-16 menyaksikan keseluruhan 172 calon merebut 56 kerusi DUN dengan pengundian bagi 2.7 juta pemilih ditetapkan pada Sabtu ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button