Dua gol Kane bantu England tewaskan Croatia 4-2
TEXAS – Dua gol oleh Harry Kane pada separuh masa pertama membantu England menewaskan Croatia 4-2 dalam kempen Piala Dunia mereka di Texas.
Sejurus bermula babak kedua, Jude Bellingham dan pemain gantian Marcus Rashford, lima minit sebelum tamat perlawanan memastikan skuad kendalian Thomas Tuchel memulakan saingan dengan kemenangan selepas Croatia bangkit menyamakan kedudukan 2-2.
Kane meletakkan England di hadapan dua kali pada separuh masa pertama termasuk menerusi satu sepakan penalti yang diambil semula.
Namun Croatia yang merupakan naib juara Piala Dunia 2018, berjaya membalas menerusi jaringan Martin Baturina dan Petar Musa.
Memasuki separuh masa kedua, Bellingham hanya memerlukan dua minit untuk meletakkan England kembali di hadapan di hadapan kira-kira 70,000 penonton.
England memperoleh beberapa peluang untuk melebarkan kelebihan mereka selepas itu, namun gagal memanfaatkannya sehinggalah Rashford muncul menjaringkan gol pada penghujung perlawanan.
Pertemuan ini merupakan ulangan separuh akhir Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Croatia menang 2-1 selepas masa tambahan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















