JENAYAH & MAHKAMAH

Peniaga didakwa belasah isteri hingga gugur kandungan tiba di mahkamah

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga yang didakwa memukul isterinya sehingga menyebabkan wanita itu keguguran kandungan berusia 12 minggu hadir ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini hari ini bagi menghadapi prosiding berkaitan kes berkenaan.

Tertuduh berusia 43 tahun yang memakai pakaian lokap berwarna merah tiba pada pukul 8.35 pagi dengan dikawal ketat anggota keselamatan.

Kes itu mencuri perhatian ramai apabila lelaki terbabit merupakan individu sama yang sebelum ini disabitkan bersalah kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin sehingga wanita itu koma sejak tahun 2021.

BACA JUGA:

Polis tahan lelaki didakwa pukul isteri hingga alami keguguran

Suspek pukul isteri hingga alami keguguran pernah berkahwin sebanyak 9 kali

Terdahulu, polis mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau objek berbahaya.

Pada 4 Mei lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara maksimum 14 tahun terhadap tertuduh selain memerintahkannya membayar pampasan RM25,000 kepada mangsa.

Dalam kejadian terbaharu di Ambangan Heights pada penghujung April lalu, mangsa yang merupakan kakitangan kerajaan berusia 39 tahun didakwa dipukul menggunakan beberapa objek sehingga mengalami keguguran kandungan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button