JENAYAH & MAHKAMAH

Syarikat sawit didenda RM120,000

BATU PAHAT – Sebuah syarikat memproses buah sawit mentah didenda sebanyak RM120,000 setelah didapati bersalah melanggar syarat lesen di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, di sini hari ini.

Hakim Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh menjatuhkan hukuman tersebut selepas syarikat yang diwakili pengurus membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat itu telah melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan pelepasan efluen yang melebihi had parameter ditetapkan iaitu Biochemical Oxygen Demand (BOD) di bawah syarat lesen 7(i), Pepejal Terampai (SS) bagi syarat lesen 7(ii) dan Ammonikal Nitrogen (AN) di bawah syarat lesen 7(iv).

Bagi kesalahan di bawah seksyen berkenaan, pihak yang bersalah boleh dikenakan hukuman denda antara RM25,000 sehingga RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button