Hina Nabi Muhammad di Facebook, pengawal keselamatan didenda RM5,000
KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad SAW di laman Facebook miliknya pada April lalu.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Ramesh Muniandi, yang akan dipenjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Ramesh menggunakan akaun Facebook “Ramesh Muniandi” untuk memuat naik hantaran yang mengandungi kata-kata menghina Nabi Muhammad SAW, termasuk dakwaan berunsur fitnah mengenai perkahwinan baginda, dengan niat menyakiti perasaan orang lain.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 10 pagi, 15 April lalu, dan dilihat kira-kira dua jam kemudian di sebuah alamat di Ipoh, Perak.
Kesalahan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak pembelaan memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh menyesal dan berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, pihak pendakwa berhujah kesalahan itu serius kerana melibatkan penghinaan terhadap agama.
Pendakwaan dikendalikan oleh pihak pendakwa raya, manakala tertuduh diwakili Peguam M.Chandran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








