JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki didenda RM4,000 sebar maklumat palsu BUDI 95

SEPANG – Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memulakan penghantaran komunikasi iaitu hantaran yang palsu sifatnya melalui aplikasi Facebook, April lepas.

Tertuduh, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman di Mahkamah Sesyen Sepang.

Berdasarkan pertuduhan, Ariffaizal Mohd Nor Ariffin, 46, yang merupakan terapis pusat rawatan alternatif didakwa secara sedar menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun ‘Arriffaizal Mohd Nor Ariffin’ untuk memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 6 April pukul 9.55 malam dan kandungan berkenaan dilihat pada 7 April 2026 pukul 5.00 petang di Aras 8, MCMC Tower 1, Jalan IMPACT, Cyber 6, Cyberjaya, dalam daerah Sepang, Selangor.

Hantaran tersebut memaparkan poster amaran daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menegaskan bahawa penggunaan MyKad orang lain adalah satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Nazrul Nizam Mohd Zameri.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum di Bawah seksyen 233(2) Akta yang sama Seksyen 233(2) akta sama, iaitu denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan, namun tertuduh dilaporkan membayar denda tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button