Lima lelaki termasuk warga asing ditahan kes pergaduhan di Bekenu
MIRI – Polis menahan lima lelaki termasuk dua warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang tular di media sosial di kawasan Bekenu, di sini.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, penahanan itu dilakukan hasil risikan serta maklumat yang diterima daripada orang awam.
Menurutnya, pihak polis turut merampas beberapa senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.
“Kesemua suspek kini direman sehingga 19 April bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata, selain Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
“Polis memandang serius sebarang bentuk keganasan serta penggunaan senjata berbahaya di tempat awam.
“Orang ramai dinasihatkan supaya mengawal emosi dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan pergaduhan atau kekecohan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Anuar Affindi di talian 019-7319540 atau hadir ke balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








