JENAYAH & MAHKAMAH

Empat lelaki warga asing didenda, tinggal lebih masa dan masuk haram

PASIR MAS – Tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang warga Thailand didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas kesalahan tinggal lebih masa serta memasuki negara ini secara haram.

Keempat-empat tertuduh yang berusia antara 25 hingga 49 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tiga warga Bangladesh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal lebih masa di negara ini, manakala seorang warga Thailand pula didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen sah.

Kesalahan itu dikesan hasil operasi dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada 29 Mac lalu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap setiap tertuduh warga Bangladesh, dan jika gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara selama empat bulan.

Sementara itu, warga Thailand berkenaan didenda RM4,000 atau berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal melunaskan bayaran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khaidijah Khairuddin, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button