BERITA SEMASA

KPM siasat dakwaan warga Pakistan rasmi program sukan sekolah

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki warga Pakistan merasmikan program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian, baru-baru ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, malam tadi.

Terdahulu, tular video dalam media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Pakistan sedang merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Sama Gagah di Kampung Sama Gagah, Simpang Empat, Semanggol.

Sementara itu, Fadhlina menzahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin selepas menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pihak ibunya, Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor.

“Beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pembela undang-undang syariah.

“Oleh itu, ia adalah kepakaran beliau yang sentiasa mengangkat tema pemberdayaan wanita dalam semua aspek,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button