BERITA SEMASA

Lelaki meninggal dunia sesak nafas ketika daki Gunung Lambak

KLUANG – Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas ketika mendaki Gunung Lambak bersama tiga rakannya, semalam.

Mangsa, Muhammad Nur Hakimi Mohd Harris, 32, ditemui tidak sedarkan diri kira-kira 800 meter dari aras bawah gunung berkenaan pada jam 1.42 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum anggota polis bergegas ke lokasi bersama pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut beliau, usaha membawa turun mangsa berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca hujan lebat.

“Sebaik berjaya dibawa turun ke kaki gunung kira-kira jam 6.15 petang, pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button