JENAYAH & MAHKAMAH

Muat naik kandungan jelik terhadap Sultan Selangor, pentadbir akaun Facebook HuaYan The Pureland Learning Centre dirakam kenyataan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kes memuat naik kandungan jelik melampau berunsur 3R terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

MCMC berkata, pihaknya telah mengambil rakaman percakapan seorang individu yang merupakan pentadbir akaun Facebook HuaYan The Pureland Learning Centre bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala pihak PDRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya manakala Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman denda atau dipenjarakan selama tempoh dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC berkata, pihaknya memandang serius penyebaran kandungan jelik melampau terhadap Institusi Diraja kerana ia boleh menjejaskan keyakinan awam serta menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat.

“Orang ramai diingatkan supaya menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.

“Sebarang kandungan jelik, hasutan atau fitnah, khususnya melibatkan Institusi Diraja, akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button