MCMC siasat individu dipercayai papar ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di Terengganu
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap sepertimana tular baru-baru ini.
MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada seorang individu termasuk menyita sebuah telefon bimbit miliknya bagi tujuan siasatan.
“Individu-individu lain yang berkaitan akan turut dipanggil sekiranya perlu dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya.
MCMC menegaskan, bendera Malaysia atau Jalur Gemilang adalah simbol rasmi negara membawa nilai kedaulatan dan perpaduan.
Justeru ilustrasi yang tidak tepat, khususnya di platform dalam talian boleh menimbulkan kekeliruan serta menyentuh sensitiviti awam.
Sehubungan itu, MCMC menyeru semua pengguna media sosial agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam menghasilkan dan memuat naik kandungan khususnya dalam era teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI).
“Amalan kawal selia kendiri dan semakan fakta yang teliti adalah amat penting bagi mengelakkan penyebaran kandungan yang mengelirukan atau berpotensi menganggu keharmonian masyarakat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








