Takiyuddin nafi tindakan PN keluar Dewan dirancang lebih awal
KOTA BHARU – Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan tindakan Ahli Parlimen parti itu keluar Dewan Rakyat ketika sidang khas membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji baru-baru ini telah dirancang lebih awal.
Menurutnya, tindakan berkenaan bukan bermaksud PN mengenepikan isu RCI Tabung Haji, sebaliknya pihaknya mempunyai strategi tersendiri untuk membahaskannya pada persidangan Parlimen Oktober ini.
“Kita ada strategi kita sendiri. Tunggu Oktober ini kita akan bahas dan tindakan keluar Dewan baru-baru ini bukan kerana mengenepikan isu berkenaan, sebaliknya disebabkan ketiadaan Perdana Menteri sedangkan beliau yang memohon untuk mengadakan sidang khas.
“Kita sudah tahu naratif yang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) dalam RCI Tabung Haji,” katanya selepas menyampaikan Ceramah Isu Semasa dan RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 di sini, malam tadi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen PN termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Takiyuddin dan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan meninggalkan Dewan Rakyat ketika sidang khas berhubung RCI Tabung Haji.
Mengulas lanjut, Takiyuddin sekali lagi menegaskan tindakan keluar Dewan berkenaan bukan sesuatu yang dirancang lebih awal seperti didakwa pihak tertentu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








