BERITA SEMASAPOLITIK

Perikatan Nasional gugur pengerusi di dua negeri, jawatan diganti Tuan Ibrahim, Shahidan

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) malam tadi mengumumkan rombakan kepimpinan yang menyaksikan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Perlis, Mohd Shukri Ramli digugurkan berkuat kuasa serta merta.

Tempat mereka digantikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Pengerusi PN Pahang, manakala Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengetuai PN Perlis.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan malam ini, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MTPN) yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, barisan Pengerusi PN di negeri lain dikekalkan:

Johor: Datuk Dr Sahruddin Jamal
Kedah: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Kelantan: Datuk Ahmad Yakob
Melaka: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
Negeri Sembilan: Mohamed Hanifah Abu Baker
Perak: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Pulau Pinang: Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
Sabah: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Sarawak: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Selangor: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Terengganu: Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Wilayah Persekutuan: Datuk Dr Mohd Radzi Jidin

Azmin berkata, mesyuarat pada malam tadi turut menumpukan perbincangan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dengan MTPN sebulat suara bersetuju PN akan menyertai secara aktif pilihan raya tersebut.

“PN sudah mengenal pasti beberapa kerusi tumpuan dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat. Pelantikan Pengerusi PN negeri berkuat kuasa pada 28 Oktober 2025,” katanya.

Beliau menegaskan PN akan terus memperkukuhkan kedudukan sebagai wadah perjuangan yang inklusif, progresif dan prihatin terhadap rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button