POLITIK

PRN Pulau Pinang: Presiden Gerakan calon PN di Bayan Lepas

CYBERJAYA – Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai disahkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Parti Gerakan merupakan calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Bayan Lepas, Pulau Pinang, setelah dipersetujui oleh Majlis Presiden Perikatan Nasional,” kata Hamzah dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, kerusi DUN Bayan Lepas menjadi rebutan antara PAS dan Gerakan.

Dalam majlis pengumuman calon di Georgetown, Pulau Pinang malam tadi, Gerakan mendominasi senarai calon dengan bertanding di 19 kerusi, diikuti Pas dengan tujuh kerusi dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) (tiga), Bersatu (tujuh) dan Bersatu-Bersekutu (empat).

Senarai penuh calon PN bagi PRN Pulau Pinang:
N.01 Penaga – Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
N.02 Bertam – Khaliq Mehtab Mohd Isyaq (Bersatu)
N.03 Pinang Tunggal – Bukhori Ghazali (PAS)
N.04 Permatang Berangan – Mohd Sobri Salleh (PAS)
N.05 Sungai Dua – Muhammad Fauzi Yusoff (PAS)
N.06 Telok Ayer Tawar – Azmi Alang (Bersatu)
N.07 Sungai Puyu – Teoh Chin Siang (PAS-DHPP)
N.08 Bagan Jermal – Ong Chuan Jin (Bersatu-Bersekutu)
N.09 Bagan Dalam – Jayaraman K Kunchu Kannu (PAS-DHPP)
N.10 Seberang Jaya – Izhar Shah Arif Shah (Bersatu)
N.11 Permatang Pasir – Amir Hamzah Abdul Hashim @ Md Hashim (PAS)
N.12 Penanti – Zulkefli Bakar (Bersatu)
N.13 Berapit – Lee Kok Keong (Gerakan)
N.14 Machang Bubuk – Tan Hum Wei (Gerakan)
N.15 Padang Lalang – Suresh Devaraj Naidu (Bersatu-Bersekutu)
N.16 Perai – Sivasuntaram Rajalinggam (Gerakan)
N.17 Bukit Tengah – Baljit Singh Jigiri Singh (Gerakan)
N.18 Bukit Tambun – Tan Gia Wei (Gerakan)
N.19 Jawi – Koh Tien Yew (PAS-DHPP)
N.20 Sungai Bakap – Nor Zamri Latiff (PAS)
N.21 Sungai Acheh – Zulkifli Ibrahim (Bersatu)
N.22 Tanjong Bunga – Hng Chee Wey (Gerakan)
N.23 Air Putih – Kong Cheng Ann (Gerakan)
N.24 Kebun Bunga – Tan Zhen Zune (Gerakan)
N.25 Pulau Tikus – Tang Ching Sern (Gerakan)
N.26 Padang Kota – H’ng Khoon Leng (Gerakan)
N.27 Pengkalan Kota – Suthakaran Subramaniam (Gerakan)
N.28 Komtar – Cheah Kim Huat (Bersatu-Bersekutu)
N.29 Datok Keramat – Heng See Lin (Gerakan)
N.30 Sungai Pinang – Ng Fook On (Gerakan)
N.31 Batu Lancang – Mohd Aswaad Jaafar (Gerakan)
N.32 Seri Delima – Mohan Apparoo (Bersatu-Bersekutu)
N.33 Air Itam – Cheang Chee Gooi (Gerakan)
N.34 Paya Terubong – Ooi Ghee Un (Gerakan)
N.35 Batu Uban – Mok Kok On (Gerakan)
N.36 Pantai Jerejak – Oh Tong Keong (Gerakan)
N.37 Batu Maung – Azahari Aris (Bersatu)
N.38 Bayan Lepas – Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
N.39 Pulau Betong – Mohamad Shukor Zakariah (PAS)
N.40 Telok Bahang – Muhamad Kasim (Bersatu)

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button