Sultan Pahang titah tiada kegiatan songsang di Pahang
KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri berkenaan.
Baginda yang terkejut dengan kejadian tidak bermoral seperti yang dilaporkan media sebelum ini turut berharap supaya kegiatan seumpama itu dihentikan.
“Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini… saya harap ini tidak berlaku di Pahang. Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini dan saya minta juga Majlis Perbandaran di semua daerah memantau kegiatan seumpama ini.
“Kalau ada pun tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa) dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang,” titah baginda.
Titah baginda itu dimuat naik dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi milik Kesultanan Pahang, malam ini.
Dalam hantaran sama, baginda turut bertitah supaya tindakan sewajarnya diambil jika terdapat mana-mana pihak terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 208 individu ditahan dalam serbuan terhadap sebuah premis kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral di ibu negara, Jumaat lepas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








