[VIDEO] PN sokong BN bentuk kerajaan baharu, Aminuddin hilang majoriti?
SEREMBAN – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan hari ini mengumumkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) negeri itu bagi membentuk kerajaan baharu.
@malaysiatribuneLima ADUN Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mengumumkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas 14 ADUN BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun. malaysiatribune#trendingnewsmalaysia #beritatularmalaysia #beritaviral #beritasemasa #viralnews
Pengumuman tersebut dibuat susulan tindakan 14 ADUN UMNO/BN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang menyaksikan beliau bakal hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perkara itu diumumkan dalam sidang media di sebuah hotel di sini yang diketuai Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Labu).
Empat lagi ADUN PN yang terlibat ialah Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) dan Ridzuan Ahmad (Gemas).
Menurut Hanifah, kesemua lima ADUN PN sedia bekerjasama dengan 14 ADUN BN bagi memastikan kestabilan politik serta kelangsungan pentadbiran negeri.
“Langkah ini penting bagi menamatkan kemelut kepimpinan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, krisis tersebut turut menyebabkan sidang DUN Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan tanpa penetapan tarikh baharu.
Hanifah dalam masa sama mengkritik kepimpinan Aminuddin yang disifatkan gagal menguruskan krisis berkenaan secara berkesan.
“Kegagalan ini jelas apabila 14 ADUN UMNO/BN sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap beliau,” katanya lagi.
Beliau turut berkata, PN mengambil pendirian untuk bersama BN dalam usaha membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih stabil demi kepentingan rakyat.
“Keutamaan kami adalah memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara,” katanya lagi.
Dalam sidang media hari ini PN turut menyerahkan surat tawaran kerjasama turut diadakan kepada wakil ADUN BN, Datuk Mustapha Nagoor (BN-Palong).
Dengan sokongan terbaharu itu, gabungan PN dan BN kini memiliki 19 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan, manakala Pakatan Harapan (PH) mempunyai 17 kerusi.
Situasi itu sekali gus meletakkan kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar dalam keadaan tertekan apabila didakwa tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam DUN
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















