Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD Seal didakwa esok
KUALA LUMPUR – Pemandu kereta BYD Seal yang terlibat dalam kemalangan enam kenderaan sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun di Jalan Kuching, baru-baru ini berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret, di sini esok.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pemandu berusia 24 tahun itu ditahan di Hospital Damansara kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Pemandu tersebut kemudiannya dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan pukul 3 petang tadi.
“Pihak pendakwaan bersetuju untuk mengenakan tiga pertuduhan terhadap pemandu tersebut di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Zamzuri berkata, pemandu itu berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan, Seksyen 42(1) kerana memandu secara melulu dan membahayakan, serta Seksyen 52(1) kerana gagal berhenti dan melaporkan kemalangan.
Tambahnya, pemandu berkenaan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret 13 (Trafik) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pukul 9 pagi esok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







