BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak PETRONAS mencukupi hingga akhir Jun

CYBERJAYA – Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengesahkan bekalan bahan api di rangkaian stesen minyaknya di seluruh negara terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran awal pada akhir Mei sebelum ini.

Menurut PETRONAS, pihaknya terus aktif menguruskan rantaian bekalan untuk memastikan stok yang mencukupi di seluruh rangkaian stesennya di tengah-tengah krisis tenaga global akibat konflik di Asia Barat.

“PETRONAS membekalkan kira-kira 50 peratus keperluan bahan api negara melalui anak syarikat tersenarai awamnya, Petronas Dagangan Berhad, manakala bakinya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.

“PETRONAS mengesahkan semula komitmennya dalam memastikan bekalan bahan api yang stabil dan boleh dipercayai untuk semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membeli bahan api secara bertanggungjawab mengikut keperluan harian dan mengelakkan sebarang penimbunan atau pembelian panik.

“Penggunaan yang bertanggungjawab akan membantu memastikan akses yang berterusan untuk semua,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button