Harga RON97 diesel turun lapan sen, RON95 kekal RM2.05 seliter
KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing mencatat penurunan lapan sen seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Mei ini, manakala harga RON95 kekal tidak berubah.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit RON97 diturunkan daripada RM3.18 kepada RM3.10 seliter, manakala harga diesel turun daripada RM2.88 kepada RM2.80 seliter.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit RON97 dan diesel, dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan memastikan kestabilan harga,” katanya dalam kenyataan semalam.
Harga mingguan produk petroleum itu ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
MOF turut menegaskan bahawa kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi melalui pelaksanaan langkah bersesuaian mengikut perubahan harga minyak mentah dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








