Kapal Petronas dijangka tiba di Malaysia awal Ogos
SEREMBAN – Sebuah kapal milik Petronas yang berlepas dari Yanbu, Arab Saudi dijangka tiba di Melaka pada awal Ogos selepas berjaya memperoleh kebenaran untuk merentasi Laut Merah yang sebelum ini berdepan risiko keselamatan susulan konflik di rantau berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, semalam.
Menurut beliau, kejayaan kapal itu meneruskan pelayaran membuktikan kepentingan Malaysia mengamalkan dasar luar yang berhemah dalam mengurus hubungan dengan negara lain.
“Ini sebabnya dasar luar kita mesti berhemah,” katanya ketika berucap pada program di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini.
Laut Merah sebelum ini menjadi laluan perkapalan berisiko tinggi berikutan serangan terhadap kapal-kapal komersial oleh kumpulan Houthi dari Yaman.
Kumpulan itu turut mengancam untuk menyekat Selat Bab el-Mandeb, laluan strategik yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden, ketika dunia turut berdepan ketegangan susulan ancaman penutupan Selat Hormuz oleh Iran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















