BERITA SEMASA

Gaji penjawat awam diumum selewatnya hujung 2024

PUTRAJAYA – Penyelarasan semula gaji penjawat awam yang tertangguh sejak lebih 12 tahun akan diumumkan kerajaan selewat-lewatnya hujung tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skim gaji baharu itu kini dalam peringkat penilaian dan beberapa garis panduan akan disediakan sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata, penyelarasan gaji penjawat awam sepatutnya dikaji pada setiap 10 tahun namun tidak dilaksanakan pada pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Sebelum ini tiada kajian menyeluruh mengenai skim gaji penjawat awam dilakukan namun kerajaan ketika ini sedang melaksanakannya melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA),” katanya.

Anwar berkata demikian pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di sini malam tadi.

Perdana Menteri berkata, pengumuman mengenai penyelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu bertujuan mengangkat ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button